"PELABUR EMAS Memang Ramai Tetapi Sedikit SahajaYANG Berjaya Menjana Kekayaan Yang SEBENAR.."
Mentor Jutawan #1 Malaysia ingin berkongsi rahsia kejayaan melabur dalam emas dengan anda. Jika anda serius ingin memiliki ilmu ini, sila teruskan bacaan anda...
Dari Meja: Azizi Ali
Sahabat,
Rata-rata ramai rakyat Malaysia semakin sedar akan kepentingan membuat pelaburan terutamanya pelaburan emas.
Pelaburan emas ini sememangnya merupakan pelaburan yang bukan sahaja amat-amat menguntungkan malah boleh menjana kekayaan dan kemewahan.
Seperti yang anda boleh lihat dalam carta berikut, harga emas telah meningkat sejak dari tahun 2001. Malah, purata pulangan tahunan ialah 10.9% yang merupakan di antara pulangan pelaburan yang tertinggi di dunia dalam tempoh 15 tahun kebelakangan.
*Sumber: goldprice.org
Makin lama nilai emas makin meningkat dan dalam beberapa tahun mendatang nilainya bakal meningkat berganda-ganda lagi.
Jadi tidak ada pertanyaan lagi sama ada anda perlu melabur di dalam emas kerana jawapannya ialah YA! YA! YA!
Malangnya dalam keghairahan melabur, terlalu ramai orang yang tersilap langkah. Oleh kerana ilmu mereka tentang emas terlalu cetek atau tidak wujud langsung, ramai orang yang telah tertipu dan menanggung kerugian - walaupun harga emas naik dan terus naik!
Dalam keghairahan kita melakukan pelaburan emas kita dapat lihat ramai juga di antara orang kita yang kerugian besar seperti...
- Menjual semula emas dengan harga yang rendah daripada harga yang dibeli.
- Emas yang dibeli rupa-rupanya tidak seasli seperti yang didakwa.
- Ditipu dengan skim-skim pelaburan emas.
- Dan banyak lagi kes kerugian.
Apa yang mengeruhkan lagi keadaan ialah kerana wujudnya begitu ramai 'pakar-pakar' emas.
Sekiranya nasihat mereka itu betul, maka tidak ada isu.
Malangnya, kebanyakan 'nasihat' mereka itu kurang tepat dan ada juga yang salah sama sekali.
Sebagai contoh, seorang 'pakar' emas tempatan telah membuat kenyataan berikut dalam sebuah video di YouTube:
- Harga emas akan sentiasa naik.
- Anda akan sentiasa membuat untung jika melabur dalam emas.
- Anda patut pinjam wang dari pajak gadai dan menggunakan wang tersebut untuk membeli lebih banyak lagi emas.
Tuan-tuan dan puan-puan, ketiga-tiga 'nasihat' ini adalah tidak tepat sama sekali.
Harga emas TIDAK sentiasa naik (malah ia jatuh dari paras $1,900 ke paras $1,700 sekarang) dan anda TIDAK akan sentiasa membuat untung melabur dalam emas (tanya saja mereka yang telah 'melabur' dalam Genneva).
Formula meminjam wang dari pajak gadai untuk membeli lebih banyak lagi emas pula hanya menguntungkan tauke emas dan tauke pajak gadai - bukan si penggadai!
Jadi sesiapa yang termakan nasihat ini akan menanggung kerugian, jika tidak sekarang, maka sedikit masa lagi!
Saya pasti anda sendiri pernah mendengar tiga nasihat tadi. Sekarang anda tahu ketiga-tiganya adalah tidak tepat. Sebenarnya, banyak lagi nasihat yang kurang tepat dan yang salah sama sekali tentang emas.
Situasi ini dikeruhkan lagi kerana ramai di antara 'pakar-pakar' emas ini menjual produk emas tertentu. Sudah tentu mereka akan menceritakan semua poin yang positif tentang produk yang mereka jual, dan melupakan langsung poin-poin negatif.
Oleh kerana nasihat mereka berat sebelah, siapa yang membeli produk emas mereka mungkin akan menanggung kerugian yang besar kelak.
Kesimpulannya ialah anda perlu melabur dalam emas dan anda boleh membuat untung yang besar.
Kedua-dua kesimpulan itu betul tetapi dengan syarat anda tahu apa yang anda lakukan. Ini hanya boleh berlaku jika anda mempunyai informasi yang tepat, terkini dan neutral.
Walaupun kita sering dibuaikan dengan keuntungan-keuntungan BESAR kita tidak sedar yang ianya juga boleh membawa kerugian berganda-ganda.
Sebenarnya pelaburan tetap pelaburan dan setiap pelaburan ada risikonya. Begitu juga dengan pelaburan emas.
Jadi untuk menjadi seorang pelabur yang berjaya, kita perlulah menyediakan dahulu diri kita dengan ilmu pelaburan yang betul. Dalam pelaburan emas ini kita perlu tahu...:
- Bagaimana untuk bermain dengan permainannya. Jika tidak tahu ianya amat-amat berisiko tinggi.
- Bagaimana caranya untuk membeli dan menjual emas dengan keuntungan yang tinggi. Kalau tidak rugi jadinya.
- Apakah bahasa-bahasa pelaburan yang perlu digunakan. Ingat, jangan sampai kena tipu kerana tidak faham bahasa mereka.
- Dan banyak lagi ilmu pelaburan emas yang perlu di kuasai.
Sebelum saya dedahkan bagaimana anda boleh memiliki ILMU pelaburan emas yang lengkap biar saya perkenalkan diri saya kepada anda dahulu.
Siapa Saya & Bagaimana
Saya Boleh Membantu Anda...
Sememangnya saya merupakan orang yang paling layak untuk anda rujuk tentang kewangan dan pelaburan terutamanya pelaburan emas.
Berita yang lebih baiknya ialah segala yang perlu anda tahu tentang pelaburan emas dari A sampai Z telah saya pakejkan dalam sebuah Pakej Audio (dalam Bahasa Melayu) yang dinamakan...
* Gambar sekadar hiasan sahaja. Semua produk dalam Pakej Audio (dalam BM) ini adalah berbentuk digital.
ILMU SEBENAR BAGAIMANA MELAKUKAN PELABURAN EMAS YANG MAMPU MENJANA KEKAYAAN.
Apa Yang Bakal Anda Perolehi
Daripada Pakej Audio Ini...???
Boleh dikatakan Pakej Audio ini bakal membantu anda untuk melakukan pelaburan emas yang selamat tanpa risiko yang tinggi namun begitu mampu menjana kekayaan yang sebenar.
Dalam Pakej Audio yang datang dalam bentuk digital ini anda akan tahu tentang:
- 2 Sebab utama kenapa anda perlu melabur dalam emas. Jika anda tahu rahsia ini sekarang juga anda akan mencari emas.
- Kenapa naik turun harga emas adalah biasa? Jangan terkejut jika kenaikan dan penurunan harga berubah secara mendadak.
- Apakah risiko-risiko yang ada dalam pelaburan emas? Bila anda tahu risiko ini maka anda tahu bagaimana untuk mengurangkannya.
- 3 Jenis pelaburan emas yang wajib anda ketahui. Jadi anda boleh pilih yang mana satu.
- Apakah jenis-jenis emas yang perlu anda pilih untuk dijadikan sebagai pelaburan? Silap pilih anda bakal kerugian.
- Bagaimana untuk memudahkan jualan emas anda. Ini kerana membeli memang mudah tetapi ianya bukan mudah untuk dijual semula.
- Apakah jenis emas yang memiliki harga jualan yang tinggi. Rugi jika tak tahu rahsia ini.
- 4 Jenis emas yang patut anda elakkan daripada membeli. Ramai penjual emas akan marah jika rahsia ini dibongkar.
- 2 Tempat yang terbaik untuk membeli emas. Tempat yang dirahsiakan oleh penjual-penjual emas.
- 6 Langkah yang perlu anda ikuti untuk membeli emas. Jangan sampai perompak tahu bahawa anda memiliki emas.
- 13 Perkara yang perlu anda tahu DI MANA untuk SIMPAN emas anda. Jangan sampai orang lain tahu.
- 5 Langkah bagaimana menjual semula emas anda itu dengan selamat dan berkeuntungan tinggi.
- Bilakah masanya untuk menjual semula emas anda? Elakkan daripada membeli dan menjual semata-mata untuk dapat untung.
- Kenapa perlu elakkan diri dari kedai PAJAK GADAI? Kalau boleh masuk pun jangan.
- 2 Perkara yang perlu anda sediakan sebelum melabur emas.
- Berapa banyak wang yang perlu anda laburkan dalam emas? Jangan terlalu tamak ya. Orang tamak selalu rugi.
- Dan banyak lagi perkongsian yang bakal anda perolehi...
Pakej Audio ini mengandungi 5 modul dan kandungan setiap modul meliputi pelbagai isu yang berkaitan dengan pelaburan emas.
Oleh kerana ia datang dalam bentuk digital, anda hanya perlu klik, muat turun dan anda akan dapat mendengar rakaman audio dengan serta merta. Anda boleh simpan dan mainkan audio ini dalam mana-mana pemain MP3. Ini menjadikannya amat convenient.
Jadi anda boleh dengar perkongsian saya ini pada bila-bila masa sahaja dan walau di mana pun. Daripada termenung atau berkerut dahi tersekat di kesesakan jalan raya lebih baik mendengar perkongsian saya tentang pelaburan emas!
Berikut adalah kandungan setiap modul Pakej Audio ini:
Testimoni Daripada Pelanggan Azizi Ali...
* Keputusan mungkin berbeza daripada apa yang dinyatakan di laman web dan program ini. Sila rujuk kepada penafian di bawah butang pesanan.
Irfan Khairi
Jutawan Internet, penceramah and penulis best-seller
"Hanya satu tip daripada Azizi telah menjimatkan lebih daripada RM300,000 pinjaman perumahan saya. Nilainya lebih daripada yuran yang saya bayar untuk menghadiri program. Dengar saranan saya: anda hanya akan menjadi lebih baik dengan belajar daripada Azizi."
Gobala Krishnan
Penulis bestseller, penceramah dan usahawan Internet
"Azizi Ali merupakan coach kejayaan terbaik yang saya pernah temui. Sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana untuk menjana pendapatan dan melipat gandakan kekayaan anda, Azizi ialah individu yang akan memandu anda. Kaedahnya mudah untuk difahami, sistematik dan terbukti berkesan. Bantu diri anda sendiri dengan mencuba kaedah Azizi dan lihat betapa pantasnya ia boleh mengubah hidup anda!"
Mohd Suhaimy aka Shuth
Penulis bestseller dan usahawan Internet
"Membaca buku Azizi dan menghadiri seminarnya telah mengubah kehidupan saya 180 darjah. Daripada seorang yang dibelenggu hutang, saya sekarang bebas daripada segi kewangan. Ilmu dan panduan daripada Azizi telah membantu memulihkan kedudukan kewangan saya. Saya mungkin sudah jadi jutawan sekarang sekiranya beliau menjadi pembimbing kewangan saya lebih awal."
Dr Christopher Lim
Penulis bestseller, doktor perubatan dan usahawan burung Walet
"Azizi Ali merupakan pakar penjana kekayaan yang terlalu masak dengan industri kewangan di negara ini. Nasihatnya sangat releven kepada rakyat Malaysia (berbanding penasihat asing). Tiada individu lain di Malaysia yang mampu mempercepatkan anda mengecapi impian jutawan anda selain Azizi sendiri."
Ahmad Fadzli Yusof
Penulis bestseller dan usahawan Internet
"Seseorang mampu berbuat apa sahaja sekiranya dia sanggup belajar teknik dan strategi yang efektif. Belajar daripada mentor adalah antara kaedah yang terbaik untuk mencapai kejayaan. Dan sekiranya saya ingin belajar tentang kewangan, saya akan pilih untuk belajar daripada Azizi Ali."
Dr Hasseenah Hassan
Doktor Perubatan
"Kelebihan luar biasa Azizi yang mampu menjangka apa yang akan terjadi dalam dunia kewangan sangat tepat dan adakalanya menggerunkan. Anda pastinya tiada pilihan tetapi mempercayainya kerana beliau ada fakta dan sejarah yang menyokong teorinya. Dalam kata lain, beliau membuat kajian sebelum membentangkan ideanya. Sekiranya anda serius dalam menguruskan kewangan anda, beliau ialah mentor yang terbaik."
Sebagai contoh tentang kepentingan ilmu tentang emas, saya telah lama memberi amaran kepada klien Inner Circle saya untuk menjauhkan diri daripada melabur di dalam Genneva semasa skim itu tengah panas. Salah seorang daripada mereka telah menyelamatkan wang berjumlah RM370,000 kerana dia mendengar hujah saya! Ramai yang lain juga telah terselamat dari terjebak dalam Genneva dan juga skim-skim lain.
Baik, anda telah nampak kebaikan Pakej Audio ini. Tetapi
Berapakah Harga Pakej Audio Ini?
Kos seminar emas saya bernilai RM890. Ya, RM890 untuk seminar satu hari. Jangan lupa juga yang anda juga perlu datang ke KL untuk menghadiri seminar tersebut dan meluangkan masa selama sehari untuk mempelajari ilmu tersebut.
Jadi anda amat beruntung kerana Pakej Audio digital ini mempunyai hampir semua daripada kandungan seminar emas saya tetapi harganya hanyalah RM190 sahaja!
Ada BONUS ISTIMEWA Buat ANDA...
Untuk menjadikan pemilikan Pakej Audio ini lebih bernilai dan lebih bermakna buat ANDA maka ingin saya tawarkan 3 Bonus istimewa secara PERCUMA buat anda yang segera memiliki pakej ini. Ianya merupakan 1 eBook, 1 program Audio Bonus dan 1 sesi Webinar dengan saya dan saudara Zamri Nanyan.
Mari kita lihat...
Jadi jika anda ingin tahu lebih lagi, maka Pakej Audio ini boleh membantu anda. Klik butang TEMPAH SEKARANG dan miliki ketiga-tiga hadiah BONUS PERCUMA ini.
Jika anda merupakan di antara pembeli pertama Pakej Audio ini (sepanjang tempoh pelancaran ini), maka anda amat beruntung kerana saya akan memberikan tawaran yang amat istimewa kepada anda. Saya akan berikan diskaun tambahan kepada anda; jadi harga Pakej Audio ini sekarang ialah...
Tetapi tawaran istimewa ini hanyalah bertahan sepanjang tempoh pelancaran ini sahaja. Harga Pakej Audio ini akan naik sebaik sahaja tempoh pelancaran ini tamat. Jadi buat tempahan anda sekarang juga.
Testimoni Daripada Pelanggan Azizi Ali...
Razif Yusof
www.UsahawanInternet.my
"Ilmu emas yang 1st class' Great! Ini betul-betul tip dan rahsia dari pakar kewangan. Ianya adalah produk yang membuka minda dalam pelaburan emas. Pasti sesiapa yang telah mendapatkan pakej lengkap produk ini tiada lagi masalah untuk turut serta menjana kekayaan dengan emas. Seperti dijangka, ianya produk 1st class!"
Wazeen Azizan
www.doktorfb.com
"Superb! Inilah produk yang saya cari selama ini sebab saya merupakan orang yang zero pengetahuan dalam Emas ini.
Sememangnya saya ingin pelajari tentang selok belok emas ini secara mendalam kerana seperti yang kita semua tau, emas adalah merupakan aset penting jika sesuatu terjadi pada nilai mata wang pada masa hadapan.
Tahniah saya ucapkan kepada Tuan Zamri Nanyan dan Azizi Ali kerana bongkarkan rahsia emas ini secara teliti dan lengkap iaitu dari A hingga ke Z, dari cara pemilihan membeli emas, di mana nak beli emas, cara simpan emas, dan cara menjual balik emas di masa hadapan.
Produk ini amat disarankan kepada mereka yang ingin belajar lebih lagi tentang pengetahuan emas ini. Walaupun anda telah mempunyai wang simpanan yang banyak, tapi anda kena prihatin dan berwaspada kerana matawang yang anda miliki sekarang mungkin tidak akan bernilai lagi suatu hari nanti.
Ingat! Jangan terus rasa selesa dengan wang simpanan anda dan situasi matawang tidak lagi bernilai akan terjadi bila-bila masa sahaja. Jadi,apa yang saya nak anda lakukan sekarang adalah klik pada butang tempahan dan mula timba ilmu pengetahuan tentang emas dan terus simpan emas untuk masa hadapan yang cerah!
Saya yakin dengan strategi langkah demi langkah yang dikongsikan tuan Azizi Ali dapat membuka mata kepada ramai orang tentang kepentingan menyimpan emas sebagai aset terpenting dalam hidup!
Jadi,jangan fikir panjang lagi, ini adalah tentang masa depan anda dan keluarga anda."
ANDA MASIH KURANG YAKIN?
Apa kata kalau saya bagi..
Kini Segalanya Terserah Kepada Anda...
Anda sebenarnya sangat-sangat memerlukan Pakej Audio ini jika tidak mana mungkin anda masih lagi membaca hingga ke bahagian ini kan....
Jadi tidak perlulah ANDA menidakkannya. ANDA memang AMAT-AMAT mahu memiliki Pakej Audio ini.
Pilihan terletak di tangan anda sekarang. Anda perlu bertindak segera kerana dengan tindakan segera sahajalah yang akan menjamin kejayaan anda. Jika hari ini anda bertangguh maka lagi 5 tahun lagi pun anda akan bertangguh juga dan nasib hidup anda tidak akan berubah.
Anda perlu klik butang tempahan dan terus tempah Pakej Audio anda sekarang kerana harga istimewa ini tidak akan kekal serendah ini. Malah ia hanya akan bertahan hanya sedikit masa lagi.
Yang benar,
Azizi Ali
Mentor Jutawan
p/s: Pakej Audio Rahsia Emas (dalam BM) hasil tulisan saya ini bakal bantu anda bukan sahaja untuk melabur emas malah bagaimana melabur dengan cara yang selamat tetapi dengan untung yang besar. Klik butang TEMPAH SEKARANG.
p/p/s: Ingat yang tawaran RM149 ini hanyalah bertahan sepanjang tempoh pelancaran ini sahaja. Jadi bertindaklah dan buat pesanan anda sekarang juga!
This Audio Package is purely educational. The strategies outlined are not guaranteed to produce any particular results. Results may vary from the ones stated on the website and program. You agree that you are solely responsible for any results obtained from this package. Azizi Ali and the publisher specifically disclaim any responsibility for any liability, loss or risk, personal of otherwise, which is incurred as a consequence, directly or indirectly, for the use and application of any of the contents in the package.
All decisions made by Azizi Ali and True Wealth Sdn Bhd are final and binding upon the parties herein.
Copyright TrueWealth Sdn Bhd 2014-2020.